Sunday, December 9, 2012

Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan MPIC 2012

StoneMaster telah dilantik untuk mengendalikan acara Pertandingan Dam Aji Karnival Sukan MPIC 2012  pada 8 Disember 2012. Untuk tahun ini, Karnival Sukan ini dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di mana acara sukan dalaman termasuk pertandingan dam aji telah diadakan di Dewan Jubli Perak INSPENS Kampus 2.

SM sedang menerangkan sesuatu kepada pemain semasa taklimat sebelum pertandingan dimulakan.

Sebanyak 6 pasukan telah menyertai pertandingan  - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MOPB), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Lembaga Getah Malaysia (LGM), Lembaga Koko Malaysia (LKM) dan Lembaga Lada Malaysia (MPB).


Pertandingan telah dijalankan dengan format 'double round robin' dengan kawalan masa selama 15 minit setiap pemain.







Wakil-wakil dari agensi yang menyertai pertandingan dam aji menerima hadiah penghargaan dari pihak penganjur.

SM sedang memerhatikan pemain melakukan gerakan

Acara pertandingan dam aji berlangsung dengan sangat lancar di bawah pengawasan Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster.

Medal gangsa untuk pemenang tempat ke-3


Hebat!!! Juara bertahan - Pasukan MPOB telah menjuarai pertandingan dam aji buat kali ke-4 berturut-turut.



SM bergambar bersama kain rentang di hadapan bangunan INSPENS